bicara 6/10
Assalamualaikum untuk sahabat semua…
Lamanya tak menulis…ada dlm 4 bulan…Selamat meneruskan puasa kepada semua dan beberapa hari aja lagi kita kan menyambut Idulfitri. Tapi jangan lupa tempoh beberapa hari inilah tempoh yg penting kerana pencarian malam 1000 bulan pasti terjadi dlm tempoh ini, so janganlah terlalu mengejar hari raya, lailatul qadar terabai…ye.
Arini ada masa skit utk menulis, so sebenarnya ada sesuatu yg sy nk kongsi sesuatu yg berharga yg ada disekeliling kita tanpa kita sedari….pernah dengar tak minyak kelapa dara? Pasti ada yg bertanya kenapa minyak kelapa dara? naper namanya dara? ok..mari sy perkenalkan minyak kelapa dara atau nama glamornya VCO- ‘virgin coconut oil’. Perkataan ‘DARA’ tu adalah dari sifatnya yang dihasilkan tanpa menggunakan api..tidak disentuh haba..so sebab itulah ia dipanggil minyak kelapa dara.
Saya akan tuliskan info mengenai minyak kelapa dara ini dalam ’sudut kesihatan’ pada minggu depan insyaAllah. Cuma hari ini sy nk kongsikan kelebihan minyak kelapa dara kepada kesihatan kita.
1.Bertindak sebagai antibakteria dan antivirus melindungi dari pelbagai penyakit
2.Meningkatkan sistem imuniti badan kita dengan melindungi sel2 dari sebarang penyakit
3.Membantu memperlahankan penuaan sel - ni awet muda ni.
4.Melindungi sel2 dari radikal bebas yang berkemungkinan menyebabkan pelbagai
penyakit kanser.
5.Amat sesuai untuk menjaga, membelai,melembapkan dan melicinkan kulit dan rambut.
Terdapat banyak lagi kelebihan VCO ni..contohnya mengurangkan risiko darah tinggi, serangan jantung, stroke,diabetes dan banyak lagi.
Buat masa sekarang ni…saya amat berminat untuk menjalankan perniagaan VCO ni kerana satunya bleh jaga kesihatan dan keperluan diri disamping tu dapat menolong insan yang amat memerlukan sebab saya melihat keajaiban yang Allah turunkan melalui VCO ini terlalu banyak..bagi saya ia menjadi ‘alternative medicine’ kapada saya untuk menjaga kesihatan yang amat mahal harganya ini.
Oklah..setakat ini dulu..nanti kita bicara lagi, kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai anugerah Allah yg tidak ternilai ini emel saya ke irni_noraidah@yahoo.com.my
Salam ukhuwah
Irni.
